Blue World

HOME ABOUT STUFFS FRIENDS RULES DASH FOLLOW

Wanita : Asalkan Dia Wanita:)
Saturday, 29 August 2015 | 07:15 | 0comments

Tercoret warkah ini buat akhwat tercinta :') yang seagama dan seaqidah denganku .

Ya akhwat sayang :')
Dulu ada seorang srikandi islam bernama sumayyah . Dipaksa memilih antara keluarga dan agama . Dipilihnya yang SATU . Kerna dia tahu didunia keluarga takkan bersatu , diteguhnya hati dikuatnya iman . Dia dan keluarga bersatu di jannah . Adakah sekuat ini imanmu bila keluarga ditindas ?

Ya Haura al Maqsurah . Kenalkah engkau kepada Khadijah ? Aisyah ? Wanita ini kebanggaan agama. Saat dunia menentangnya , dia pertahankan agamanya ! Menjadi Sayap kiri suami. Adakah madu sekarang bersikap seperti mereka ?

Ya Wardhatul Syauqah
Zulaikha ? Perdengarkanlah agungnya cinta dia pada Yusuf. Sehingga buta tak kenal dunia. Pada saat dia memilih Islam , Allah satukan Yusuf dengannya , tapi cintanya pada Yusuf tidak sekuat Cintanya pada Allah. Harinya berlalu dengan ibadah. Sehingga Yusuf yang kuat jadi Lemah mendambakan kasih isterinya Zulaikha. Beginikah cintamu pd Ikhwah ?

Ya Mujahidah Islam .
Mengaku berjihad , Pernah dengar hebatnya Khaulah al-Azwar ? Srikandi perang islam. Lagaknya seperti pemuda menghunus pedang dimedan perang , bagai rasaksa tangkasnya berkuda dan sekelip mata menumpahkan darah musuh durjana . Tidak dia angkuh malah malu untuk mengaku dia wanita yang berjihad bersama tentera khalid al-walid. Beginikah jihadmu ?
Wahai wanita solehah .
Ratu Balqis ? Fatimah ? Dan ramai lagi srikandi islam. Pernahkah kau kaji soal mereka , perjuangan mereka ? khidupan mereka ? adakah sedikit menyerupai mereka ?

Wahai wanita akhirul zaman .
Hadiah apa yang akan kau persembahkn dihadapan Allah ? Adakah jihad yang kau gaulkan dengan masalah hati ? Mungkin kita tidak mampu untuk menandingi ketabahan kekuatan serta keimanan srikandi islam terdahulu , kerana kita ternoda oleh satu zaman yang penuh dengan penipuan teknologi !
HAURAALMAQSURAH_ bidadari yg terpelihara seindah namanya .

  cr : Hakak_Ninja

Post a Comment


Older Post | Newer Post

Welcome!

Hi! Welcome to my blog,friends! Be nice here,okay? Oh,yeah dont forget to follow me!! Hate this blog ? Feel free to press ctrl+W

Walkie Talkie!